Everything that zaerali wants to share

Archive for the ‘Food and Beverages’ Category

Makan-makan di JB

Daripada post sebelum ni, nak sambung mengenai aktiviti makan-makan masa pergi JB haritu. Ada 3 tempat yang saya recommend:

  • ZZ Sup Tulang – ni favourite saya. Kali ni dah kali ke-3 makan kat sini. Tempat ni kat Jalan Petri, Kg Tarom. Dia agak ke dalam. So, haritu guna GPS sampai ke sini. Haritu makan mee rebus tulang. Memang menjilat sampai ke tulang-tulangnya. hehe

Mee rebus tulangnya. Srooott, hirup sum-sum tulangnya...

Pintu masuk ke ZZ Sup Tulang

 

  • Restoran Singgah Selalu, berdepan dengan Danga Bay. Makanan special kitorang makan haritu ‘shark fin soup abalone’.

Ni udang masak butter. Shark fin soup tak sempat nak tangkap gambar sebab sampai je soup tu terus ngap sebab dan lapar.. hehe

  • Gerai Asam Pedas Power, food court dekat dengan Dataran Bandaraya. Asam Pedas dia menepati namanya. Gerai-gerai kat sini semuanya offer seafood. So pilih je ikut citarasa anda dan macam mana masakannya.

Asam Pedas Powerrrr

  • Goreng Pisang Mawar. Gerai goreng pisang ni memang popular kat JB. Beratur orang nak beli goreng pisangnya. Selain goreng pisang ada jugak tauhu sumbat. Gerai ni dalam kawasan Bangunan Mawar, tapi bukan masuk ikut pintu besarnya. Ada pintu masuk belakang Mawar, tepi jalan besar.

Orang beratur nak beli goreng pisang. Masa ni tgh ujan ni....

So, sape-sape yang melawat JB boleh try tempat-tempat ni. Memang takkan keciwa. 😀

Google Map Route to ZZ Sup Tulang JB

I think you might be interested in this map: http://maps.google.com/maps/ms?msa=0&msid=209544209002009519314.00049061e785af16b2029

ZZ Sup Tulang Kg Tarom

image

image

image

image

Semalam, Selasa, Raya ke 5, kami sekeluarga beraya ke JB. Untuk makan tengah hari, kami singgah di ZZ Sup Tulang yang terletak di Kampung Tarom. Semua orang memesan Mee Rebus.

Apa yang teramat istimewa rebusnya adalah tulang lembu dimasukkan sekali, banyak juga. Puas jugaklah makan. Selain tu, rempah sup tulang tu memang terasa.

Jadi sesiapa yg nak merasa sup tulang yang sedap, carilah

ZZ Sup Tulang Kg Tarom.