Everything that zaerali wants to share

Posts tagged ‘JB’

Makan-makan di JB

Daripada post sebelum ni, nak sambung mengenai aktiviti makan-makan masa pergi JB haritu. Ada 3 tempat yang saya recommend:

  • ZZ Sup Tulang – ni favourite saya. Kali ni dah kali ke-3 makan kat sini. Tempat ni kat Jalan Petri, Kg Tarom. Dia agak ke dalam. So, haritu guna GPS sampai ke sini. Haritu makan mee rebus tulang. Memang menjilat sampai ke tulang-tulangnya. hehe

Mee rebus tulangnya. Srooott, hirup sum-sum tulangnya...

Pintu masuk ke ZZ Sup Tulang

 

  • Restoran Singgah Selalu, berdepan dengan Danga Bay. Makanan special kitorang makan haritu ‘shark fin soup abalone’.

Ni udang masak butter. Shark fin soup tak sempat nak tangkap gambar sebab sampai je soup tu terus ngap sebab dan lapar.. hehe

  • Gerai Asam Pedas Power, food court dekat dengan Dataran Bandaraya. Asam Pedas dia menepati namanya. Gerai-gerai kat sini semuanya offer seafood. So pilih je ikut citarasa anda dan macam mana masakannya.

Asam Pedas Powerrrr

  • Goreng Pisang Mawar. Gerai goreng pisang ni memang popular kat JB. Beratur orang nak beli goreng pisangnya. Selain goreng pisang ada jugak tauhu sumbat. Gerai ni dalam kawasan Bangunan Mawar, tapi bukan masuk ikut pintu besarnya. Ada pintu masuk belakang Mawar, tepi jalan besar.

Orang beratur nak beli goreng pisang. Masa ni tgh ujan ni....

So, sape-sape yang melawat JB boleh try tempat-tempat ni. Memang takkan keciwa. 😀

Advertisements

Hujung minggu di JB

Thistle

Minggu lepas Sha jumpa prospek di JB. So, seperti biasa tugasku menjaga 2 orang hero tu. Sementara menunggu, kitorang buat acara lepak di hotel dan jalan-jalan cari makan di sekitar JB.

Kitorang duk di Thistle. Hotel ni asalnya adalah Hyatt, tapi diambil alih dan ditukar namanya kepada Thistle. So, beberapa komen:

  • Persekitarannya memang menarik dengan interior berkonsepkan modern contemporary dan landskap yang menarik.
  • Biliknya pun cantik, ada flat screen TV lagi.
  • Maintenance biliknya perlu diperbaiki. Sesampainya, kami diberikan sebuah bilik yang bocor pada tingkapnya. Hujan lebat haritu, so masuk la air. Kitorang mintak tukar bilik, bagusnya tiada sebarang karenah untuk tukar bilik.
  • Makanannya sedap dan pelbagai variety.

So, enjoy gambar-gambar sekitar hotel.

Dari seberang jalan

Lif ke parking lot basement, tapi kena jalan sikit melintasi ballroom untuk ke lobby

Bakal pianist? 🙂

Sha ngan Syafi kat lobby

Ala-ala model gitu. hehe

Reception counter konsep modern contemporary

Restoran yang kitorang makan kat hotel.

Swimming pool kat luar hotel. Tapi tak sempat nak berendam.

Bergambar kat lobby

Breakfast kat restoran hotel

Bilik hotel. Tilamnya memang sedap tidur. hehe

Pemandangan luar bilik hotel